KiaMaT SudAh DeKaT... InsAfLah...
^_^AHLAN WASAHLAN ILA GALACTICOS'S WEBLOG^_^

Mungkin krn kita leka. Sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "Oopps" mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang "ha..kenyangnya" mengatasi ALHAMDULILLAH... Bila diri terpegun oleh keindahan alam, SUBHANALLAH tertutup oleh "Cantiknya". Bila dikunjungi berita malang "Kasihannya ..." terucap krn kita lupa pd INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UUN. Kdgkala kita lupa krn kita terbiasa. Tp ingatlah agar, bila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILA HAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata...

Image hosted by Photobucket.com


Saturday, August 26, 2006
.:: Akhir Kalam ::.

Jadual SPM 2006
(15 November 2006 - 7 Disember 2006)

15 Nov 2006 (Rabu) 
0800 - 0915 -        Bahasa Arab Tinggi 1
1400 - 1630 -        Bahasa Arab Tinggi 2

Empat hari

20 Nov 2006 (Isnin)        
0800 - 1015 -        Bahasa Melayu 1
1110 - 1210 -        Sejarah 1
1400 - 1630 -       Bahasa Melayu 2

21 Nov 2006 (SELASA)
0800 - 0945 -        Bahasa Inggeris 1
1030 - 1245 -        Bahasa Inggeris 2
1400 - 1630 -        Sejarah 2

22 Nov 2006 (Rabu)
0810 - 0925 -        Matematik 1
1000 - 1230 -        Matematik 2

Se hari

24 Nov 2006 (Jumaat)

0800 - 0915 -        English for Science and Technology 1
1010 - 1110 -        English for Science and Technology 2

Tiga hari

28 Nov 2006   (Selasa)    
0800 - 1000 -        Matematik Tambahan 1
1400 - 1630 -        Matematik Tambahan 2

29 Nov 2006 (Rabu)
0810 - 0925 -        Fizik 1
1000 - 1230 -        Fizik 2
1400 - 1530 -        Fizik 3

30 Nov 2006(Khamis)
8.10 - 0925 -        Kimia 1
1000 - 1230 -        Kimia 2
1400 - 1530 -        Kimia 3

1 Dis 2006 (Jumaat)
0800 - 1030 -        Pendidikan al-Quran dan Sunnah

Dua hari

4 Dis 2006 (Isnin)
0810 - 0925 -        Biologi 1
1000 - 1230 -        Biologi 2
1400 - 1530 -        Biologi 3

Dua hari

7 Dis 2006 (Khamis)
0810 - 0925 -        Pendidikan Syariah Islamiyyah 1
1000 - 1230 -        Pendidikan Syariah Islamiyyah 2




Photobucket - Video and Image Hosting
~ Doa senjata utama bagi mukmiN ~

 .:: ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH ::.

Bukan setahun. Bukan setengah tahun. Bukan 100 hari. Tapi, sedar tak sedar, hanya tinggal 80 hari saja lagi. Itulah hakikat bukan majaz. Sudah siap sedia atau tidak untuk menghadapinya, ia akan tetap kunjung tiba bermula 15 November 2006 hingga 7 Disember 2006. Segala ilmu yg dituntut sejak 17 tahun lalu akan dimanfaatkan sepenuhnya di medan peperiksaan SPM 2006. Insya-ALLAH...

Jadi di kesempatan ni, ana nak minta maaf kepada semua guru dan rakan ketika ana baru mengenali huruf ABC dan nombor 123 di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) as-Sabiqun Bukit Kubang Jambu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paloh (SKP), dan mendalami sedikit sebanyak ilmu agama di SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS) serta semua homosapiens yg mengenali diri hamba ALLAH ni, jika ana ada terkutuk, ternganjing, ternyenyeh, terkata, terumpat, tertipu, terlebong, terpelawok, terkebas barang, terguna barang tanpa izin dan segala jenis 'ter' yg bersifat mazmumah yg lain. Kalau antum rasa ana ada terhutang sesuatu tak kira bersifat material atau pun tidak, silalah maklumkan... Insya-ALLAH akan kucuba langsaikan segala hutang tersebut selagi kudrat ini terdaya.
 

Last sekali, ana nak pohon sedikit bantuan dari antum supaya turut sama mendoakan ana semoga ana dikurniakan kesihatan yg terbaik dan dijauhi dari segala macam jenis penyakit di samping mendapat ketenangan, keyakinan dan kekuatan ketika menjawab semua soalan SPM serta doakan ana mendapat 12 1A... Insya-ALLAH...

WASSALAM.... 


Posted at 7:02:07 pm by galacticos
Komens (2)  




Friday, July 14, 2006
.:: Surat Adam Untuk Hawa ::.

.:: ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH ::.

Wahai sahabat Muslimat Sekalian, Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini….Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku....

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....
    
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa....kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu....dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
    
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
    
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu kini...kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita...Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah...kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi...langkahmu kian pantas....apa sebenarnya yang engkau kejari?...ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain...Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...Sedarkah kau Hawa.....???? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!

Hawa....
    
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.....Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
    
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan....Aku tidak mahu Hawa...suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya...seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! banyaknya seksaan menantimu!...Mengapa begitu Hawa??? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??

Hawa...
    
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri....Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian...tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu...!!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
    
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu...Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

Firman Allah swt:
    "Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya..."

Hawa....
    
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah...

"DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!"

WASSALAM....

P/s: ni entry last tuk sebelum SPM '06... cilok dr KTI...


Posted at 7:02:28 pm by galacticos
Komen (1)  




Saturday, July 01, 2006
.:: Reunion 4 Abu Huzaifah 2005 ::.

.:: ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH ::.

Bismillahhirahmanirrahim... Hari Sabtu minggu lepas bersamaan tanggal 24 Jun 2006, mantan pelajar 4 Abu Huzaifah 2005 telah mengadakan reunion dan ber'rehlah' di Pantai Chendering bersama guru tersayang, Cg Zurifah Mustafa. Daripada 32 pelajar, hanya 9 org muslimin dan 16 mulimat yg hadir. 3 muslimin xdpt hadir coz ada komitmen laen yg perlu diutamakan tapi sebab ketidakhadiran 3 muslimat lop xdpt dipastikan.  Meskipun hampir semua pelajar berkumpul, tapi kehilangan allahyarhamah Nadiah tetap terasa. Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kpd allahyarhamah. AL-FATIHAH... Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh org yg beramal soleh.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

 Reunion di pertengahan tahun?! Mesti plek op. Dohlah utk last year. Tp nilah realitinya. Objektif reunion ni xlaen dan xbukan utk mengeratkan kembali tautan ukhwah antara sesama warga 4 Abu Huzaifah 2005 yg telah terjalin sejak dr tahun lepas.

 

Sebenarnya byk aktiviti yg dirancang utk dilaksanakan pd hari tu. Namun, rancangan yg bertimbun-timbun tu, hanya tinggal rancangan. Kekangan masa membataskan kami drpd merealisasikan rancangan tersebut. Tapi aktiviti utama iaitu barbeque tetap dapat dijalankan. Sebanyak 4 ekor ayam yg xberdosa telah menjadi mangsa kami utk dipanggang. Setiap sesuatu pasti ada dugaannya op. 'Hidupkan bara api'. Nilah dugaan terbesar bg kami utk buat barbeque. Kami yg sememangnya yg kurang berpengalaman dlm hal gini menghabiskan masa kira-kira 2 jam utk menghidupkan api. Namun, berkat kegigihan dan kesabaran kami, api tersebut dapat dihidupkan. Tu pun setelah mendapat bantuan dari 'orang lama' yg lebih byk pengalaman berbanding kami iaitu emak kpd Najwa dan Naeemah serta cg Zurifah sendiri.

 

Photobucket - Video and Image Hosting


Selepas menjamah santapan, kalu diikutkan perancangan, slot komen dan mengomen akan diadakan. Tp, slot tu xsempat diadakan coz ada sedikit masalah. Jd, pihak muslimin memanfaatkan masa yg terluang dgn berendam di dalam laut bg melepaskan gian utk mandi air laut. Tepat jam 1415, semua org mula beransur dr pantai tu. Kebanyakan drp mereka terpaksa 'tembo' awal coz terpaksa menghadiri tuisyen. Terima kasih diucapkan kpd semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan reunion ini terutamanya Talhah yg sudi meminjamkan peralatan utk membuat barbeque. Insya-ALLAH, reunion ni akan meninggalkan seribu satu kenangan kepada kami, warga 4 ABU HUZAIFAH 2005... Alhamdulillah...

Photobucket - Video and Image Hosting

WASSALAM...


Posted at 6:25:01 pm by galacticos
Komen  




Previous Page Next Page


~PROFILE GALACTICOS~

raul_gonzalez6236@yahoo.com
galacticos192@yahoo.com
YM : galacticos192




Dilahirkan pada 19 Februari 1989 bersamaan 13 Rejab 1409 di Hospital Besar Kuala Terengganu (HBKT). Menetap di Kampung Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Islam (PASTI) As-Sabiqun Bukit Kubang Jambu. Kemudian belajar di SK Paloh selama 6 tahun dan menuntut di di SMKA Sheikh Abdul Malek.










<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Kuala Terengganu






++LIRIK NASYID PILIHAN++

^_^ MENUJU WAWASAN ^_^

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh x2

Umat zaman lampau
taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju
wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri
Penuh dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama’ warisan Anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib dihindari





++TAZKIRAH++


Sabda Rasulullah SAW:” Kelak akan ada orang-orang dari umatku, mereka memakan berbagai macam makanan, meminum berbagai minuman, memakai berbagai macam pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan terlebih dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk umatku”.
(Dari Abu Umamah r.a)

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha, tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim jika dirimu sekuat Hajar & Sarah, mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Rasulullah, sesumgguhnya yang paling mulia di kalangan manusia adalah yang paling bertaqwa di antara manusia.

Sahabat yang paling baik ialah apabila dia terlihat sahabatnyanya berb***l (keburukan sahabatnyanya) dia akan mengambil kain dan menutupnya (merahsiakan dan menasihatinya), bukan mencanang-canang (keburukan sahabatnya) kepada orang lain.
(Nabi Isa)

Jika kamu lupakan 2 perkara dan sentiasa ingat 2 perkara nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan hidup.
LUPAKAN
* Kebaikan kita kepada orang.
* Keburukan orang kepada kita.
SENTIASA INGAT
* ALLAH.
* Hari Akhirat.
(Nasihat Luqmanul Hakim)

Diri kita ibarat cawan. Kalau kita tidak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah
(Dipetik dari cerpen Hatiku Milikmu)

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
( Saidina Ali)





IkhWah AkhaWat


Ayah Su


Hazimin


akh Kadir


akh Hanafi


Ridhuan


Amirul


Ariff

Hafiz Sabri


Hafiz


Muhib


Adila
Amiera
Farah
Ira Didi
Irda
Iylia
Nadiatul
ukht Solehah
Tengku Anis
Wafa




Top 6 to Boycott

 



> Website SHAMS <


Website utk pelajar n bekas pelajar SHAMS berforum.


> Blog Kelas 5 Muslim <


Blog ni adelah blog kelas pertama yg wujud kat SHAMS.


naruto
Which Naruto Character Are You?


> Fantasy Premier League <


Lepas daftar, masukkan kod 550388-86018 untuk join Itik Premier League atau kod 751300-105712 untuk join Sheikh League.



.::Ikhwah Pengunjung Ke::.

MBA
MBA Counter






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed